JPA lanjut tajaan pelajar perubatan, pergigian, farmasi

Iklan
Kerajaan akan meneruskan program penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melanjutkan program penajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

JPA dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penajaan bagi bidang tersebut dalam tahun 2023 boleh dimohon mengikut tempoh penawaran yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon bermula dari 3 hingga 7 Julai.

"Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 akan dilanjutkan sehingga 23 Jun,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Pada 11 Jun, Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah JPA akan diteruskan.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor tersebut dalam negara.

Iklan