Dalic tabik Modric

Iklan
Luka Modric - Foto Agensi

PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic memuji Luka Modric selepas pemain berusia 37 tahun itu sekali lagi menjadi arkitek bahagian tengah ketika memacu pasukan tersebut mara ke final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 ke atas Belanda dalam masa tambahan di Stadium De Kuip, Rotterdam pada Khamis.

Bintang Real Madrid itu memenangi penalti untuk gol pembukaan Croatia sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan buat pasukan Dalic.

Iklan
Iklan

Dengan karier Modric semakin menghampiri penghujung, Dalic berharap akan dapat menggunakan khidmat perancangan tengah itu pada masa depan.

"Dia boleh menjadi orang yang membantu kami memenangi pingat emas dalam kejuaraan kali ini.

Iklan

"Luka akan membuat keputusan sendiri selepas perlawanan akhir, namun dengannya kami jauh lebih baik.

"Sejujurnya Croatia mempunyai kualiti yang jauh lebih baik setiap kali pasukan bersama Luka," kata Dalic kepada pemberita, sebelum membincangkan masa depan Modric.

Iklan

Dalam perlawanan itu, gol Croatia dijaringkan Andrej Kramaric (m-55), Mario Pasalic (m-72), Bruno Petkovic (m-98) dan Modric (m-116) manakala jaringan Belanda dijelmakan Donyell Malen (m-34), Noa Lang (m-96).

Sebagai rekod, Croatia menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember, empat tahun selepas muncul naib juara pada kejohanan di Rusia.

Croatia akan menentang Sepanyol atau Itali dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara di Stadium De Kuip, Rotterdam awal pagi Isnin ini.

Dalam pada itu, Dalic berharap pasukannya boleh memenangi kejuaraan besar benua Eropah tersebut untuk menobatkan era keemasan pasukan kebangsaan.

"Ia akan menjadi ganjaran yang besar untuk memenangi pingat emas, saya rasa kami layak mendapatnya.

"Kami telah menjadi pasukan yang sentiasa berkualiti sejak enam tahun lalu," ujar Dalic.