KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina pada jam 10.19 pagi Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 45 kilometer (km) barat dari Batangas City, Filipina dengan kedalaman 121km.