Wigan Athletic dapat pemilik baharu

Iklan

KELAB bermasalah, Wigan Athletic akhirnya dijual kepada ahli perniagaan tempatan Mike Danson, kata kelab Liga Divisyen Satu itu pada Khamis.

Semua pelepasan diperlukan telah diperoleh daripada Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) untuk pengambilalihan 100 peratus kelab itu, kata Wigan dalam satu kenyataan, dan dana dibayar ke akaunnya untuk menampung semua hutang tertunggak.

Iklan
Iklan

"Saya gembira dapat terlibat dalam Kelab Bola Sepak Wigan Athletic. Saya dilahirkan di Wigan, saya dibesarkan secara tempatan dan komuniti bandar itu dekat di hati saya...," kata pemilik baharu Danson.

Wigan, yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris pada 2013, pada tahun yang sama mereka memenangi Piala FA, gagal membayar gaji tepat pada masanya pada beberapa ketika musim lalu apabila mereka menamatkan saingan di tangga kedua Liga Kejuaraan.

Iklan

Jabatan cukai Britain telah mengemukakan petisyen penggulungan terhadap kelab itu selepas pemiliknya gagal menjelaskan bil cukai, lapor media pada Selasa.

"Kami telah bekerja keras untuk menyediakan EFL dengan pelan kewangan yang realistik untuk menstabilkan operasi kelab ini.

Iklan

"Kami menantikan permulaan baharu untuk kelab dan perancangan untuk musim baharu dengan semangat baharu," tambah Danson.