Program yang berlangsung di KV Sepang itu melibatkan seramai 20 orang yang terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal dan B40.
Kumpulan berkenaan dipilih bagi mengikuti latihan Kemahiran Membuat Roti Gebu dan Pizza dan dilatih khusus oleh tenaga pengajar dan pelajar Diploma Seni Kulinari, KV Sepang.
Apa yang lebih menarik, program tersebut turut dihadiri oleh sekumpulan pelajar daripada Universiti Malaya yang membantu semua peserta untuk program pemasaran dan promosi melalui media sosial.
Pengarah KV Sepang, Supian Abdul Kadir, berkata program tanggungjawab sosial korporat itu terhasil atas usaha KV Sepang melalui perkongsian strateginya bersama MPSepang yang ingin memberikan latihan kemahiran secara percuma.
Selain itu katanya, peserta-peserta diharap dapat dilatih mengenai teknik-teknik melaksanakan pemasaran produk secara yang lebih komersil.
"Saya berharap program seumpama ini juga mampu membantu golongan ini untuk menambah pendapatan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
"Peserta-peserta sangat gembira dan bersyukur serta berterima kasih kepada KV Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang atas usaha murni ini dan bertekad untuk menggunakan kemahiran yang dipelajari bagi memulakan langkah menjadi usahawan desa,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Program itu dirasmikan oleh Ahli MPSepang (Zon Desa Putra), Dr Mohd Faridz Ismail.