200 pelajar dapat manfaat program Yayasan Petronas empower ECER Akademik

Iklan
Siti Nurhazirah (tengah) mendapat 7A dalam keputusan peperiksaan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun lepas.

SHAH ALAM – Seramai 200 pelajar dari lima sekolah sekitar Kuala Krai, Kelantan mendapat manfaat menerusi Program Memperkasakan Ilmu: Yayasan Petronas empower ECER Akademik 2022 (Yayasan Petronas) dan mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 (SPM 2022).

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam satu kenyataan berkata, keputusan SPM 2022 membuktikan program itu berjaya menjadi pemangkin kecemerlangan kepada pelajar tersebut yang merupakan anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan.

Iklan
Iklan

"Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang menghadiri kelas tambahan secara percuma, mereka turut dibekalkan dengan elemen-elemen modal insan melalui program sahsiah untuk membina jati diri dan semangat.

"Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran di dalam diri mereka mengenai kepentingan pendidikan sekiranya mereka ingin memberi kehidupan yang lebih baik buat diri mereka,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, ia juga membuktikan inisiatif Yayasan Petronas, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku pelaksana program berjaya memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk mencapai keputusan peperiksaan itu dengan baik setanding rakan mereka dari sekolah bandar.

Salah seorang pelajar terbaik program itu, Siti Nurhazirah Mohd Asri telah berjaya memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaan SPM 2022.

Iklan

"Tips dan strategi yang dikongsi oleh para penceramah jemputan melalui bengkel-bengkel menjawab peperiksaan telah membantu saya dalam peperiksaan SPM yang lepas.

"Saya bercita-cita menjadi pendidik dan berazam untuk mencapai banyak kejayaan pada masa hadapan bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa buat ibu bapa serta adik beradik,” katanya yang merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai.