Nasihat Azizulhasni buat Zii Jia

Iklan
Zii Jia dirundung prestasi hambar sejak awal tahun ini.

JAGUH berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang bersetuju dengan tindakan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat seketika daripada dunia badminton.

Begitupun, Azizulhasni berharap Zii Jia yang bergerak secara profesional sejak awal tahun lalu dapat memecahkan tembok sempadan yang menghalangnya keluar daripada belenggu kemerosotan prestasi.

Iklan
Iklan

"Saya rasa bagus untuk dia step back sikit, reset balik dan come back later... dia mempunyai bakat yang baik, cuma saya rasa dia kekurangan dari segi semangat melawan.

"Dari segi mentaliti pula, dia perlu ada mentaliti ‘Kita Juara’,” kata Azizulhasni ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional, Nilai pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, Zii Jia mengejutkan peminat sukan tanah air apabila mengumumkan mahu berehat seketika selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Indonesia 2023.

AZIZULHASNI

Berkongsi pengalamannya sebelum ini, Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman mengakui tekanan amat tinggi buat setiap atlet elit dalam memburu kejayaan.

Iklan

"Saya cepat menyerapnya (tekanan) dan belajar. Dia (Zii Jia) juga perlu belajar untuk push the boundary dan saya rasa dia tahu apa yang dia perlukan.

"Semoga dia akan ada jurulatih yang bagus selepas ini. Ahli psikologi yang baik juga penting kerana hanya dia yang tahu apakah faktor diperlukan untuk memajukan dirinya,” ujarnya.

Dalam aksi pusingan pertama Terbuka Indonesia 2023, Zii Jia tewas 17-21, 13-21 kepada pemain handalan India, Lakshya Sen.

Sepanjang tahun ini, Zii Jia turut tersingkir di pusingan pertama Terbuka Singapura dan Terbuka Malaysia, selain tersingkir di pusingan kedua Terbuka India, Indonesia Masters, Terbuka Jerman dan Malaysia Masters.

Berdasarkan kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia yang juga juara Asia jatuh ke tangga ke-11, sekali gus tidak memenuhi antara syarat untuk berada dalam program Road to Gold (RTG).