Mondy sebenarnya bukan gelandangan?

Iklan
Kebanyakan video Mondy di TikTok mendapat ratusan ribu like. - Foto Agensi

JAKARTA - Seorang ‘wanita gelandangan’ digelar Mondy dari Indonesia secara tiba-tiba menjadi topik hangat diperkatakan pengguna media sosial.

Identiti sebenar wanita misteri yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak itu akhirnya terbongkar selepas hasil siasatan netizen mendapati dia adalah pempengaruh di TikTok dan mempunyai sejuta pengikut.

Iklan
Iklan

Pemilik akaun @mondyy_tattoo itu jelas memaparkan gaya hidupnya sebagai seorang model.

Menerusi klip dikongsi pada 25 Mei ketika dirinya digambarkan sebagai gelandangan untuk meraih simpati yang dikongsi di media sosial, Mondy dikatakan terlibat sesi bergambar untuk gaun pengantin.

Iklan
Iklan

Ketika ini rata-rata pengguna Twitter turut mempersoalkan kos tatu yang dicacah pada tubuhnya, pewarna rambut dan pengilat kuku yang jelas tidak menunjukkan ciri seperti gelandangan. - Agensi