Aaron-Wooi Yik sambar slot suku akhir

Iklan
Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan suku akhir selepas menewaskan Sol Gyu-Won Ho pada Khamis. Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM

JUARA dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran kehadiran mereka dalam Terbuka Indonesia di Stadium Istora, Jakarta, Indonesia perlu diberikan perhatian.

Pasangan nombor tiga dunia itu meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menjinakkan gandingan nombor sembilan dunia dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-19,21-16 dalam masa 38 minit.

Iklan
Iklan

Pasangan negara itu akan bertemu wakil dari Jepun Akira Koga-Taichi Sato yang mengambil masa 71 minit untuk menewaskan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 18-21, 24-22, 21-16.

Sementara itu, cabaran beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tersekat di pusingan kedua apabila tewas kepada wakil tuan rumah.

Iklan
Iklan

Gandingan nombor 18 dunia Kian Meng-Pei Jing tewas kepada pasangan di kedudukan ke-15 dunia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-17,21-16.