Makmal proses ubat tiruan diserbu, tiga ditahan

Iklan
Pelbagai peralatan memproses ubat-ubatan tiruan dirampas Dalam serbuan di Taiping, Perak, Selasa lalu.

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk dua wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping, Perak pada Selasa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, operasi itu dijalankan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dalam serbuan itu pihaknya berjaya merampas peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan dipercayai tiada kelulusan daripada KKM dianggarkan bernilai RM6.36 juta.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Iklan
Ubat tiruan yang dirampas dalam serbuan di Taiping, Perak pada Selasa lalu.

"PDRM khususnya JKDNKA komited membantu kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu-su ketenteraman awam dan keselamatan terhadap masyarakat.

"Usaha bersama KKM adalah salah satu inisiatif telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam membantu membanteras kegiatan jenayah melibatkan ubat-ubatan tiruan, perisa vape dan jenayah farmaseutikal melibatkan pemain-pemain industri," katanya dalam kenyataan pada Khamis..

Iklan

Katanya, lapan serbuan telah dijalankan dengan nilai kira-kira RM12.7 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Jun lalu.

"WCB/PSK telah melancarkan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3.42 juta pada 2022," katanya.

Noorsiah berkata, operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Penglibatan dan kerjasama daripada orang ramai dalam menyalurkan maklumat amatlah digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya," katanya.