CIMB perkenal penyelesaian pembiayaan ASB

Iklan
Pelanggan akan menerima perlindungan takaful untuk kemalangan peribadi 12 bulan bernilai RM10,000 percuma.

CIMB Bank Berhad (CIMB) dan CIMB Islamic Bank Berhad, telah memperkenalkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang inklusif bersama CTOS Digital (CTOS) and Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT).

CIMB dalam satu kenyataan berkata, bermula 15 Jun 2023, pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut sepanjang tempoh kempen akan turut layak menerima Laporan Asas MyCTOS dengan CCRIS secara percuma, yang memberikan rumusan kesihatan kredit mereka.

Iklan
Iklan

"Pelanggan juga boleh menikmati diskaun menarik untuk Laporan & Penilaian Kredit MyCTOS jika mereka memerlukan tinjauan yang lebih komprehensif mengenai situasi kewangan mereka.

"Ini akan membantu mereka memahami serta menilai kedudukan kewangan mereka dengan lebih baik dan merancang dengan sewajarnya untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka.

Iklan

"Di samping itu, pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut akan menerima perlindungan takaful untuk kemalangan peribadi 12 bulan secara percuma yang bernilai RM10,000.

"Faedah takaful ini termasuk kemalangan peribadi sebanyak RM5,000 untuk kematian/hilang upaya keseluruhan kekal dan tambahan RM5,000 untuk kematian akibat kemalangan,” jelas kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan, CIMB Group berkata, Effendy Shahul Hamid berkata, CIMB percaya bahawa kemampanan perniagaannya adalah berkait rapat dengan pemerkasaan pelanggan kami.

Iklan

"Inisiatif ini menggalakkan usaha tersebut dan memastikan bahawa pelanggan yang mengakses pembiayaan ASB melalui kami juga akan diperkenalkan kepada konsep pengurusan kewangan dan insurans.

"Kami mengambil berat perkara ini sejajar dengan peranan kami untuk membina masyarakat yang inklusif, progresif dan celik kewangan.

"Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan rakan kerjasama kami CTOS dan SLMT melalui penyelesaian nilai tambah yang inovatif ini, demi mempertingkatkan kebolehcapaian dan daya maju dana ASB untuk rakyat Malaysia, terutamanya komuniti M40 dan B40,” kata Effendy.

Terbuka kepada warganegara Malaysia Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas, kemudahan Pembiayaan ASB CIMB menawarkan pembiayaan sehingga RM200,000, dengan tempoh pembiayaan antara lima hingga 40 tahun bagi tujuan melabur dalam dana ASB.

CIMB komited untuk menggalakkan inisiatif kewangan yang inklusif melalui produk dan perkhidmatannya.