Penyudah Itali tumpul - Mancini

Iklan
Mancini. Foto EPA

KETUMPULAN jentera serangan memaksa Itali bergelut untuk memberikan aksi terbaik ketika tewas 1-2 kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara di Enschede awal pagi Jumaat.

Justeru jurulatihnya, Roberto Mancini perlu mengilap bakat baharu untuk mengembalikan reputasi Itali di pentas dunia.

Iklan
Iklan

Itali dipaksa berkampung di kawasan sendiri menahan asakan luar biasa Sepanyol apabila sukar mencipta peluang dan terpaksa akur tewas dengan gol lewat Joselu.

"Kami perlu mencari sesuatu yang lebih segar dan akan terus berbuat demikian,” ujar Mancini.

Iklan

Kekalahan kepada Sepanyol meneruskan prestasi tidak menentu juara Eropah itu, yang terlepas dua Piala Dunia terakhir dan tewas kepada England dalam kelayakan Euro 2024 Mac lalu.

"Ada di antara mereka sangat bagus. Bagaimanapun, bakat mereka tidak konsisten. Sekarang ini kami mempunyai pemain tengah dan pertahanan yang bagus, tetapi kami kekurangan penyerang yang hebat, saya tidak tahu mengapa,” kata Mancini.

Iklan

Beliau berkata menerusi taktikal baharu dengan tiga pertahanan tengah dan dua sayap berfungsi dengan baik pada separuh masa pertama, tetapi pasukannya memberi ruang terlalu mudah untuk Sepanyol selepas rehat.

"Kami menyusun strategi berbeza dan berjaya melakukannya dengan baik pada babak pertama apabila berjaya memintas hantaran Sepanyol.

"Bagaimanapun situasi berubah, kami tercicir terlalu banyak pada separuh masa kedua,” ujar Mancini.