Ikan bakar nasi putih pilihan Anwar di medan selera Cyberjaya

Iklan
Anwar memilih menu makan tengah hari di Medan Selera Sports Arena pada Jumaat. - Foto Bernama --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

CYBERJAYA - Set nasi putih dengan ikan bakar menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjamu selera bersama pengunjung di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini pada Jumaat.

Menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan pengunjung sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran menjadi rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Iklan
Iklan

Beliau yang tiba di medan selera itu kira-kira 1.07 tengah hari disambut Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Sepang, Muhamad Shah Osmin sebelum menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang turut berswafoto dan mengambil gambar kenang-kenangan dengannya.

Anwar menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena pada Jumaat. - Foto Bernama
Iklan

Kira-kira 15 minit di medan selera itu, beliau dilihat mencuba beberapa menu makanan lain antaranya daging masak kicap dan ulam-ulaman.

Iklan

Usai makan tengah hari, Anwar bergerak ke Masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari Foodcourt Sports Arena untuk menunaikan solat Jumaat. - Bernama