Buruh maut, lori dinaiki dirempuh treler

Iklan
Anggota bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Bentong turut ke lokasi untuk melakukan kerja menyelamat mangsa kemalangan. - Foto Ihsan Bomba

KUANTAN - Seorang buruh warga asing maut selepas lori dinaiki bersama tiga yang lain dirempuh lori treler di Kilometer 50.1 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK), Bentong di sini semalam.

Kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Robel, 33, yang berada di bahagian belakang lori jenis Isuzu cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakan sekerja duduk di bahagian belakang lori sambil mengangkat kon di tapak penyelenggaraan jalan.

Keadaan lori dinaiki mangsa selepas dirempuh treler dalam kemalangan di Kilometer 50.1 Lebuhraya KLK semalam. - Foto Ihsan Bomba

"Mangsa bersama rakannya mengangkat kon di bahagian belakang menaiki lori yang dipandu lelaki tempatan secara mengundur. Lori itu bergerak di lalu kecemasan sebelum dilanggar treler yang datang dari arah belakang.

Iklan

"Treler jenis Volvo itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan lalu termasuk ke dalam semak berhampiran. Namun pemandunya berusia 24 tahun hanya cedera ringan di bahagian kaki,” katanya di sini har ini.

Menurutnya, pemandu dan dua lagi penumpang lori Isuzu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan