KUANTAN - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong semalam ditemukan lemas hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemukan pada 9.52 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.