15 terbunuh, bas bertembung trak di Kanada

Iklan
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas sebuah bas dan trak bertembung di wilayah Manitoba, Kanada. - Foto AFP

NEW YORK - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas sebuah bas dan trak bertembung di Kanada, kata polis pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Diraja Kanada berkata, 10 mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Iklan
Iklan

Nahas yang berlaku di wilayah Manitoba itu melibatkan sebuah bas yang membawa warga emas, kata polis.

Perdana Menteri, Justin Trudeau menerusi Twitter berkata:"Kemalangan itu sangat tragis.”

Iklan

Sementara itu, jurucakap polis dalam sidang akhbar berkata, kemalangan besar seperti itu jarang berlaku di wilayah terbabit.

"Saya tidak percaya kemalangan yang mengorbankan begitu ramai seperti ini berlaku di Manitoba. Nahas ini agak asing bagi kami dan anggota penyiasat kami...emosi mereka turut terkesan,” katanya. - Bernama-dpa

Iklan