PERBADANAN Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo AV daripada syarikat pengeluar kenderaan tersebut dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
PWS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, sumbangan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu sebagai menghargai dan menyokong perjuangan PWS dalam mengurus serta mentadbir harta wakaf di Selangor.
Menurutnya, satu majlis ringkas penyerahan kenderaan tersebut telah berlangsung di Bangunan Korporat Perodua Sungai Choh Rawang.