Lelaki simbah cat merah di empat rumah dipenjara 21 bulan

Iklan
SANDAKAN - Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan khianat iaitu menyimbah cat merah pada pintu hadapan empat rumah di Batu 7 di sini, sejak November tahun lepas. - Gambar hiasan

SANDAKAN - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun dan sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan khianat iaitu menyimbah cat merah pada pintu hadapan empat rumah di Batu 7 di sini dan satu kes ugutan jenayah, sejak November tahun lepas.

Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi tiga pertuduhan terhadap Mohd Hasifuddin Yamin, 34, dan memerintahkan hukuman dijalankan serentak mulai 22 November 2022.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Mohd Hasifuddin melakukan kesalahan itu di Taman Murni pada 22 November, Taman Kenari pada 21 Februari lepas dan Taman Bahagia pada 16 Mei.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Mohd Hasifuddin mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali terhadap kesalahan serupa yang berlaku di Taman Nuri pada 22 Mac lepas dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan yang diarahkan dijalankan berasingan daripada hukuman dijatuhkan Mohammad Azeem.

Mohd Hasifuddin turut mengaku bersalah di hadapan Wan Farrah Fariza terhadap kesalahan mengugut secara jenayah seorang lelaki bernama Samri Sutir dengan cara meninggalkan nota amaran supaya lelaki itu segera menyelesaikan hutang.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah teres di Taman Sejati, Batu 7, di sini jam 4.13 petang pada 19 Februari lepas dan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan sejak tarikh ditangkap iaitu semalam.

Bagi kelima-lima kes, Mohd Hasifuddin yang tidak diwakili peguam, merayu dijatuhkan hukuman denda kerana mempunyai isteri dan empat anak yang tiga daripadanya masih bersekolah.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa Asisten Superintendan Zamri Zakaria memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan berkenaan adalah serius dan melibatkan kepentingan awam. - Bernama