Jawatankuasa Pemandu pantau projek Tahun Melawat Perak 2024

Iklan
Sandrea Ng (kanan) bersama Kar Hing (dua dari kanan) melihat pelan pembangunan dewan serbaguna Lawan Kuda yang akan dibina pada bulan hadapan pada Jumaat.

GOPENG - Satu Jawatankuasa Pemandu yang telah ditubuhkan akan memantau projek-projek sempena Tahun Melawat Perak 2024 untuk memastikan pelaksanaan disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setakat ini semua pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengambil maklum dan bertindak terhadap mana-mana projek di kawasan masing-masing yang belum disiapkan atau berlaku kelewatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun mengenai projek-projek perumahan terbengkalai akan diselesaikan di bawah pasukan khas Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Untuk Tahun Melawat Perak, ada satu Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan dan mereka akan semak dari segi persiapan melibatkan prasarana atau kemudahan berkaitan yang belum siap mahupun terbengkalai bagi menyambut kehadiran pelancong nanti," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar isu pembinaan Dewan Serbaguna Lawan Kuda di Gelanggang Bola Keranjang Lawan Kuda di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama pada sidang akhba tersebut, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Ahmad Suqairy Alias.

Sandrea Ng berkata, semua PBT di negeri ini akan melihat sebarang penambahbaikan kemudahan awam sedia ada bagi menyambut ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja berkata, KPKT telah memperuntukkan RM800,000 bagi pembinaan dewan serbaguna baharu Lawan Kuda di sini.

Katanya, pembinaan dewan serbaguna itu akan diuruskan MDKpr dan dijangka dimulakan pada bulan depan yang mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan.

Menurutnya, setelah siap nanti, kemudahan itu akan dimanfaatkan oleh lebih 10,000 penduduk setempat setelah menanti lebih 30 tahun untuk mendapatkan dewan serbaguna itu.