Fadillah ucap takziah kepada keluarga Nancy Shukri

Iklan
Hantaran di Facebook Fadillah.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan seluruh ahli keluarga, atas pemergian kakaknya Hairuni @ Jamilah yang meninggal dunia pagi Jumaat.

"Salam takziah kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang juga Ahli Parlimen Santubong, serta seluruh ahli keluarga di atas kembalinya ke rahmatullah kekanda beliau, Allahyarhamah Hairuni @ Jamilah pagi ini.

Iklan
Iklan

"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, berita pemergian Hairuni, 70, yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dikongsi Nancy menerusi catatan di Facebook.

Iklan

"Pergi seorang kakak yang dikasihi dan disayangi.

"Belum hilang rasa kehilangan seorang mak, kini kehilangan seorang kakak yang banyak berjasa kepada ahli keluarga dan komuniti terutamanya dalam industri pelancongan,” katanya.

Iklan

Allahyarhamah merupakan Timbalan Presiden Kampungstay dan Homestay Malaysia yang banyak berjasa dalam industri pelancongan terutamanya di Sarawak. - Bernama