TH sumbang hampir setengah juta naik taraf masjid di Sabah

Iklan
Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab menyerahkan sumbangan TH kepada Pengerusi Darul Bakti, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak di bawah program Musolla TH.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan hampir setengah juta ringgit di dua perkampungan daerah Kota Belud, Sabah menerusi program Musolla TH.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, sumbangan sebanyak RM491,944.15 disalurkan bagi projek pembinaan surau Kampung Narinang dan menaik taraf Masjid Al-Hadhari Kampung Menunggui agar dapat memberi manfaat kepada 700 orang penduduk Islam di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Sumbangan ini dapat menyediakan ruang ibadah untuk penduduk di Kampung Narinang yang menginap di atas tanah wakaf oleh 100 orang di mana 80 daripadanya adalah mualaf.

"Menerusi program Musolla TH ini juga, sumbangan disalurkan bagi menaik taraf Masjid Al-Hadhari di Kampung Menunggui bagi menampung penambahan seramai 600 orang penduduk Islam di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah beliau, pelaksanaan program kemasyarakatan tersebut adalah bagi menyediakan ruangan ibadah yang selesa dan kondusif di kawasan setempat dalam usaha memartabatkan syiar Islam.

Menurut Ameen, kerja pembinaan surau Kampung Narinang dan membaik pulih masjid Kampung Menunggui dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Iklan

"Menerusi program ini diharap dapat menjaga kebajikan asnaf dan keperluan keluarga B40 serta mualaf miskin.

"Usaha TH ini akan diteruskan dengan mengenal pasti kawasan yang memerlukan pembinaan surau baru atau menaik taraf masjid,” katanya.