'Pertemuan Ebit Lew, Mondy tidak dirancang'

Iklan
Derry (kanan) bersiaran langsung bersama Ebit (kiri) menerusi laman sosial, TikTok.

SHAH ALAM - Pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman menjelaskan pertemuan di antara pendakwah terkenal, Ebit Lew dengan seorang ‘wanita gelandangan’ digelar Mondy bukanlah dirancang seperti yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurutnya, beliau mengetahui kehidupan wanita berkenaan sebelum berjumpa dengan Ebit.

Iklan
Iklan

"Dahulu Mondy pernah mengikuti program podcast yang mempunyai berjuta ‘followers’ (pengikut) sehinggakan pengikutnya bertambah,” katanya sewaktu bersiaran langsung bersama Ebit menerusi laman sosial, TikTok.

Pada 15 Jun, Sinar Harian melaporkan pengguna di media sosial memuji seorang wanita bertatu penuh di muka dikenali Mondy Tatto yang berhijab, namun mempertikai status gelandangan individu berkenaan.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati kebanyakan netizen mempersoalkan status gelandangan wanita dari Indonesia itu apabila mendapati individu berkenaan mempunyai satu juta pengikut di akaun TikTok.

Mengulas lanjut, Derry memberitahu bahawa Ebit membawa wanita bertatu itu ke Malaysia kerana mahu memastikan dia tidak berada dalam persekitaran yang merosakkan.

Iklan

"ALLAH SWT menghantar Ustaz Ebit Lew dari Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib Mondy.

"Semoga di Malaysia Mondy dapat belajar agama, memperbaiki ekonomi diri dan jumpa jodoh yang soleh,” ujarnya.