Kawasan hutan Bukit Semanggol terbakar

Iklan
Kawasan hutan seluas hampir dua hektar di Bukit Semanggol terbakar dipercayai akibat aktiviti pembakaran terbuka pada Jumaat. - Foto: Bomba Perak

BAGAN SERAI - Kawasan hutan seluas hampir dua hektar di Bukit Semanggol dekat sini terbakar dipercayai akibat aktiviti pembakaran terbuka pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai pada jam 4.37 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal hanya melibatkan kebakaran kecil sebelum merebak hingga keluasan mencecah dua hektar.

JBPM Perak mengingatkan pembakaran terbuka tidak terkawal boleh memberikan risiko jerebu dan pencemaran alam sekitar. Foto: Bomba Perak

"Tiada mangsa terlibat, kemungkinan kebakaran berlaku disebabkan wujudnya pembersihan kawasan di sini.

Iklan

"Setakat jam 7.30 malam, operasi pemadaman masih dijalankan," katanya kepada pemberita.

Beliau meminta orang ramai elakkan sebarang pembakaran terbuka sepanjang tempoh negara berada dalam musim monsun barat daya.

Iklan

"Dalam tempoh itu, pembentukan awan hujan kurang berlaku.

"Sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal boleh memberikan risiko jerebu dan pencemaran alam sekitar," katanya.