Lupakan hasrat sambung belajar demi bantu keluarga

Iklan
Danish Atib ketika melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan rumah kedai di Cheng.

MELAKA - Tatkala rakan seusianya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seorang pemuda bersyukur dapat membantu keluarga dengan bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Anak sulung daripada enam beradik itu, Danish Atib Aswadi,19, berkata, dia reda dengan perjalanan hidupnya yang berliku lebih-lebih lagi setelah ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun tidak belajar pandai namun dengan kudrat tubuh badan sihat dia akan pastikan adik-adiknya dapat menamatkan persekolahan mereka dengan wang gajinya sebagai pekerja di SWM Environment.

Katanya, kehidupan mereka enam beradik sedikit berubah selepas dia berhijrah di negeri ini dan sekarang menetap bersama bapa kandungnya yang juga merupakan pekerja pembersihan di tempat yang sama.

Iklan

"Dengan amanah yang diberikan, saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan tidak akan mempersiakan peluang yang diberikan.

"Lagipun ibu tiri juga bekerja sebagai pekerja am di tempat sama, jadi kami bukanlah keluarga yang senang," katanya yang ditugaskan melakukan kerja pembersihan di kawasan Paya Rumput.

Iklan

Ujarnya walaupun bekerja di usia muda namun bangga kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga demi kelangsungan hidup.

Justeru, dia berharap masyarakat tidak memandang rendah golongan sepertinya yang bertugas menyapu dan mengutip sampah di kawasan sekitar.