TUAN rumah Euro 2024, Jerman tewas 0-1 ketika menentang Poland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Sabtu sekali gua meneruskan persembahan mengecewakan mereka kurang setahun sebelum mereka menjadi hos kejohanan benua itu.
Tandukan Jakub Kiwior menyaksikan Poland melakar kemenangan kedua buat pasukan itu ke atas Jerman dalam tempoh 90 tahun.
Jerman kini hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan antarabangsa terakhir mereka.
Juara dunia empat kali itu yang akan menentang Colombia minggu depan dalam perlawanan antarabangsa terakhir mereka sebelum cuti musim panas, kini mempunyai kurang daripada setahun untuk membina pasukan yang kuat menjelang Eur di tempat sendiri.
Susulan kegagalan mereka tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Qatar tahun lalu, sehingga kini mereka gagal membuktikan sudah pulih sekalipun aksi mereka pada babak kedua awal pagi tadi lebih baik berbanding separuh masa pertama.
Mereka hanya berjaya meraih satu kemenangan ke atas Peru dalam empat perlawanan mereka sejak Piala Dunia.
"Kami akan ada satu pasukan yang berfungsi menjelang Jun tahun depan. Ia satu proses yang kami lalui bersama. Pasukan bersedia untuk melakukannya.
"Kami berada dalam peringkat yang mana ia tidak mudah. Kami akan mengatasinya. Kami boleh meneruskan dengan persembahan babak kedua sekalipun keputusannya, sudah tentu tidak mencukupi buat kami," kata jurulatih Jerman, Hansi Flick.