Gempa bumi 5.8 skala Richter gegar barat Perancis

Iklan
Gempa bumi - Foto 123RF

PARIS - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda barat Perancis pada 6:38 petang waktu tempatan (1638 GMT) Jumaat, menurut Biro Seismologi Pusat Perancis (FCSB).

Menurut FCSB, pusat gempa berada 28 kilometer ke barat daya bandar Niort, Deux-Sevres, di Perancis, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Menteri Peralihan Ekologi dan Kesepaduan Wilayah Perancis, Christophe Bechu menyifatkan gempa bumi itu antara"yang terkuat pernah direkodkan di bandar metropolitan Perancis", dan penilaian kerosakan sedang dijalankan.

"Setakat ini, seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di perkhidmatan kecemasan,” katanya di media sosial.

Iklan

Di wilayah Charente-Maritime, banyak bangunan rosak dan mengalami keretakan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, 1,100 kediaman terputus bekalan elektrik di wilayah terbabit. - Bernama/Xinhua

Iklan