Isu pakaian jururawat tak wajar diperbesar - Cuepacs

Iklan
Adnan Mat

SHAH ALAM - Etika pemakaian jururawat merupakan isu terpencil yang tidak sewajarnya diperbesarkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, apa yang perlu menjadi keutamaan dalam perbincangan kini adalah mengenai kebajikan warga sektor tersebut.

Iklan
Iklan

Jelasnya, pemakaian seluar panjang dengan baju berlengan panjang dalam kalangan jururawat ketika ini adalah amat sopan dan telah pun menutup aurat.

"Jururawat di seluruh negara berhadapan dengan beban tugas yang berat dengan ada dalam kalangan mereka terpaksa bertugas melebih norma waktu disebabkan kekurangan petugas.

Iklan

"Hal ini perlu menjadi keutamaan semua pihak terutama dalam memastikan kebajikan penjawat awam ini dijaga dan dalam masa yang sama dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

"Cuepacs berharap semua ahli Dewan Rakyat dapat membawa isu yang lebih besar serta memberi manfaat kepada kebajikan penjawat awam dan sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.

Iklan

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor baru-baru ini mendakwa ramai jururawat wanita yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian ketat mengikut acuan barat hingga menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita, termasuk mempertimbang keperluan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai.