Institut UMNO entiti penting pastikan parti terus relevan

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan Institut UMNO mampu menjadi entiti penting mengumpulkan pemikir bagi menggarap idea dan melunakkan pandangan dalam membolehkan parti itu terus relevan.

Presiden UMNO itu berkata, penubuhan institut berkenaan bertujuan memperkasa parti dalam aspek intelektual dan sebagai platform bagi meningkatkan pengetahuan ahli mengenai falsafah serta sejarah perjuangan, kesedaran dan kefahaman politik selain membentuk kesatuan fikrah.

Iklan
Iklan

"Perbincangan bersama Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Dr Kamaruddin M Said telahpun diadakan bagi melihat gerak kerja dan progres Institut UMNO," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Januari lepas, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Kamaruddin bagi mengetuai Institut UMNO manakala Profesor Datuk Dr Abdul Mua'ti@Zambri Ahmad dilantik sebagai timbalan beliau. - Bernama

Iklan
Iklan