PELAKON Hollywood, Amber Heard akhirnya melangsaikan jumlah saman yang perlu dibayar kepada bekas suaminya, Johnny Depp selepas kalah dalam kes fitnah.
Memetik laporan Gempak, Heard dilaporkan media tempatan telah membayar sebanyak RM4.6 juta seperti diarahkan oleh mahkamah kepada Depp.
Bagaimanapun, Depp langsung tidak mengambil duit saman tersebut sebaliknya menyerahkan kesemua RM4.6 juta yang diperoleh hasil kes tersebut kepada rumah kebajikan.
Bintang terkenal itu telah memilih lima organisasi atau rumah kebajikan dengan setiap satunya diberikan sebanyak RM920,000.
Tindakan Depp mendermakan duit saman tersebut kepada rumah kebajikan terpilih menimbulkan pelbagai reaksi.
Peminat Heard mengkritik tindakan Depp manakala ramai yang beranggapan pesohor itu tidak memerlukan duit tersebut untuk ‘hidup’.
Dengan bayaran yang diterima, kes persengketaan di antara pasangan yang pernah hidup bersama sebelum berpisah itu selesai.
ARTIKEL BERKAITAN:
Heard tak mampu bayar ganti rugi kepada Depp
Lelaki Arab Saudi lamar Amber Heard
Depp menang saman fitnah jutaan dolar ke atas bekas isteri