Banyak peluang perdagangan antara Malaysia-Argetina

Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) dan Naib Presiden Argentina Marta Gabriela Michetti (kiri) terhibur dengan persembahan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Begitu banyak kerjasama dalam sektor berpotensi boleh dijalinkan antara Malaysia dan Argentina meskipun secara geografi kedudukannya jauh antara satu sama lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, mesyuarat dua hala beliau dengan Naib Presiden Argentina, Marta Gabriela Michetti hari ini adalah amat menggalakkan dengan topik perbincangan bukan sekadar untuk meningkatkan hubungan diplomatik malah perdagangan.

Iklan
Iklan

"Beberapa bidang berpotensi untuk kerjasama itu termasuk pertanian, teknologi terutama pertukaran tekonologi dalam pertanian, perdagangan dan tenaga yang diperbaharui,” katanya selepas mesyuarat dua hala selama sejam di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Dr Wan Azizah berkata, Michetti juga menjemput beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Argentina untuk berbincang lanjut mengenai usaha bagi meningkatkan hubungan dua hala.

Iklan

Michetti adalah dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari 2-6 Mei. Ini adalah lawatan rasmi pertama dari pihak Argentina sejak 22 tahun lepas. Kali terakhir lawatan rasmi ialah oleh bekas Presidennya, Carlos Menem pada 1990 dan 1997.

Semasa lawatan ini, Michetti juga dijadual mengadakan mesyuarat meja bulat dengan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Argentina, berhubung peluang-peluang perdagangan dan pelaburan bagi kedua-dua negara.

Iklan

Pada tahun lepas, perdagangan dua hala antara Kuala Lumpur-Buenos Aires berjumlah AS$1.34 bilion, dengan eksport ke Argentina bernilai AS$140 juta dan import dari Argentina bernilai AS$1.2 bilion. - Bernama