Tiga ditahan samun, cederakan pelanggan kedai runcit

Iklan
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial.

SHAH ALAM - Tiga lelaki warga tempatan diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di kawasan lot kedai Jalan Anggerik Eria, Seksyen 31/7 Kota Kemuning di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut yang videonya tular di media sosial dipercayai berlaku pada 4 Jun lalu sekitar jam 11.44 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati suspek tidak memakai baju telah memasuki sebuah kedai runcit dan ketika kejadian terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan di dalam premis tersebut.

"Suspek mulanya mahu membeli minuman keras dan menyatakan akan membayar kemudian hari tetapi tidak dibenarkan oleh pekerja kedai tersebut.

Iklan

"Suspek bagaimanapun tetap berkeras dan mengambil minuman keras serta bertindak mencederakan pelanggan yang berada di dalam kedai tersebut dengan menggunakan sebilah pisau," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, jumlah kerugian termasuk minuman keras dan wang tunai kira-kira RM400.

Iklan

"Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan tiga lelaki berumur 19 hingga 25 tahun di kawasan Kampar, Perak.

"Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah samun dan kekerasan manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek yang diberkas direman sehingga 20 Jun ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.