Mahmood Zuhdi meninggal dunia pada Sabtu

Iklan
Mahmood Zuhdi menghembuskan nafas terakhir pada Selasa

SHAH ALAM - Presiden Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Jun 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh MDN melalui hantaran di Facebooknya sekitar jam 11 malam pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Perkara yang sama turut dikongsikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Zulkifli, Allahyarham Mahmood Zuhdi merupakan seorang tokoh yang konsisten dengan gagasan dan idea Fiqh Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.

Iklan

”Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya, ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, diampun dosanya dan diangkat darjat di sisi-Nya,” katanya.

Allahyarham Mahmood Zuhdi merupakan seorang tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia.

Iklan

Beliau merupakan Pengerusi MDN sejak 2016 dan profesor emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Antara khidmat yang pernah beliau galas ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990 – 2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan (1990 – 2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006 – 2012).

Selain itu, beliau juga adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (2004 – 2013), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2010 - 2016) dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012 - 2014).