ISTANBUL - Pemerintahan Taliban pada Sabtu mengumumkan bahawa hari terakhir pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan diisytihar sebagai cuti umum.
Keputusan yang diambil oleh Majlis Menteri-menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban, lapor Agensi Anadolu.
Iklan
Iklan
Pada 31 Ogos 2021, pasukan AS telah meninggalkan Afghanistan dan ditetapkan sebagai cuti umum.
Ekoran rundingan yang tidak menentu antara kerajaan dan Taliban, konflik di antara kedua belah pihak semakin meningkat pada musim panas 2021, dan Taliban mula mengambil alih kawasan-kawasan satu per satu.
Pada masa yang sama, kuasa-kuasa asing dalam NATO turut membawa pulang pasukan mereka. - Bernama.