Hubungan PH-BN Pulau Pinang berjalan baik demi PRN

Iklan
Kon Yeow (empat dari kiri) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Penyediaan Semula dan Konservasi Parit Kubu di Kota Cornwallis pada Ahad.
GEORGETOWN - Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang ketika ini berjalan dengan baik namun diakui masing-masing perlu mengambil masa untuk saling memahami matlamat dan falsafah parti bagi menghadapi parti lawan.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, PH dan BN perlu mengukuhkan hubungan agar ia bertambah baik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

Beliau turut mengakui, setiap kerjasama akan wujud percanggahan kepentingan antara semua pihak dan ia dilihat bukan satu masalah yang besar kepada gabungan baharu itu.

Iklan
Iklan

"Ini satu permulaan, pasti akan ada pencanggahan kepentingan semua pihak yang masuk untuk bekerjasama. Perkara itu perlu diuruskan sehingga mencapai satu kemuafakatan dan persefahaman yang lebih erat.

"Kita juga perlu memahami falsafah, matlamat dan tujuan parti-parti yang bergabung. Ia memerlukan masa untuk satu kerjasama dengan baik.

Iklan

"Kita akan hadapi PRN ini melalui gabungan PH dengan BN bagi menghadapi parti-parti lawan yang lain," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Penyediaan Semula dan Konservasi Parit Kubu di Kota Cornwallis di sini pada Ahad.

Kon Yeow turut menyatakan bahawa kerjasama PH dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) satu ketika dahulu juga dilabel sebagai tidak mesra namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Iklan

"Kami dengan Bersatu dulu pun amat mesra sehingga orang tidak mahu lagi bermesra dengan kami," katanya.

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PRN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa hubungan PH dan BN dilihat tidak mesra antara satu sama lain walau pun berada dalam satu gabungan politik.

Perkara itu dapat dilihat dengan ketara ketika Sidang Dewan Rakyat sejak PH dan BN mengumumkan gabungan mereka dengan mewujudkan Kerajaan Perpaduan.