Netizen persoal Rafizi tiada dalam mesyuarat Anwar, KJ

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Pengguna media sosial menimbulkan tanda tanya berhubung ketidakhadiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu perjumpaan yang diadakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama ahli ekonomi dan pakar industri bagi membincangkan hala tuju negara.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula dijemput Anwar untuk menghadiri perjumpaan tersebut sedangkan beliau bukannya dikenali sebagai pakar ekonomi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan yang dimainkan Khairy Jamaluddin atau KJ dalam pertemuan itu.

Seorang pengguna Facebook, Ahmad Mohamad berkata, bincang hal ekonomi tanpa Menteri Ekonomi, tetapi kenapa?

Iklan

"Kami masih memerlukan formula beliau," guraunya.

"Tidak kisah ia pandangan atau apa, dia Menteri Ekonomi sepatutnya ada," ujarnya.

Iklan

Selain itu, ada juga netizen mengaitkan penglibatan KJ dalam perbincangan tersebut kerana terdapat ura-ura beliau akan menyertai parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

Salah seorang pengguna Facebook, Adnan Jaafar mempersoalkan sama ada kerajaan kepimpinan Anwar risau sekiranya KJ menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Bimbang KJ join PN ke? soalnya.

"Mahu pujuk KJ lah tu, sebab Wak Jahid, KJ sudah tolak awal-awal," kata pengguna akaun Facebook bernama Lajiah Jiah.

Bagaimanapun, terdapat orang ramai menyokong tindakan Anwar dengan memanggil KJ untuk menghadiri perbincangan tersebut.

"Tidak salah bincang hala tuju negara bersama-sama. Negara kita bersama," luah salah seorang pengguna Facebook.