Tedesco tabik kecemerlangan Courtois

Iklan
Courtois - Foto Agensi

AUSTRIA meraih satu mata apabila mengikat Belgium 1-1 dalam aksi kelayakan Kumpulan F Kejuaraan Eropah 2024 di Stadium King Baudouin, Brussels pada Ahad, menamatkan rentak kemenangan tuan rumah.

Keputusan seri itu menamatkan rekod 15 kemenangan berturut-turut Belgium dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah, bermula sejak 2015.

Iklan
Iklan

Satu mata itu menyaksikan Austria kendalian Ralf Rangnick memimpin kumpulan dengan tujuh mata lebih satu perlawanan berbanding Belgium kedua empat mata.

Dalam perlawanan itu, Austria terlebih dulu memimpin permainan hasil jaringan sendiri pemain tengah Belgium, Orel Mangala yang menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois pada minit ke-21.

Iklan

Bagaimanapun Belguim kendalian Domenico Tedesco yang tanpa kelibat Kevin De Bruyne kembali menggandakan asakan separuh masa kedua.

Hasilnya berjaya menemui gol penyamaan hasil jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-61 untuk mengikat perlawanan 1-1, sekali gus melebarkan rekod jaringan untuk negaranya kepada 73 gol dalam 108 penampilan.

Iklan

Dalam pada itu Tedesco memuji ketangkasan Courtois di gawang yang berjaya menafikan deretan percubaan jentera depan pasukan Austria.

"Thibaut telah memainkan peranan penting kepada pasukan Belgium dalam perlawanan ini dan sejujurnya saya amat berbangga apabila dapat menggunakan khidmatnya dalam perlawanan ini.

"Dia telah banyak melakukan penyelamatan terutama semasa penghujung perlawanan yang mungkin berkesudahan dengan keputusan 1-2 memihak pasukan Austria.

"Saya gembira dia konsisten mengekalkan kecemerlangannya sama seperti ketika berdepan Sweden sebelum ini,” katanya.