Brentford B ikat anak Beckham setahun

Iklan
Romeo ketika beraksi secara pinjaman dengan Brentford sebelum ini. - Foto Agensi

ANAK lelaki David Beckham, Romeo menyertai pasukan Brentford B selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut sebelum ini.

Romeo bersetuju dengan kontrak setahun bersama pasukan kedua The Bees selepas meninggalkan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 20 tahun itu, yang bapanya adalah pemilik bersama Inter Miami, menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman dengan Brentford B.

Romeo membantu The Bess menjulang Piala Liga Perdana selepas menumpaskan Blackburn Rovers, 2-1 dalam perlawanan akhir pada Mei lalu.

Iklan

Dia juga melakukan penampilan sebanyak 15 kali turut menjaringkan gol ketika menentang pasukan Liga Kebangsaan Wealdstone dalam Piala Senior Middlesex.

Dalam pada itu, pengendali Brentford B, Neil MacFarlane berharap pemain muda tersebut dapat meneruskan perkembangannya bersama kelab barat London berkenaan.

Iklan

"Kami menambah Romeo ke dalam skuad kami pada Januari dan dia ternyata hebat untuk kumpulan,” katanya.

"Dia mempunyai penghujung musim yang hebat dari segi perlawanan baru-baru ini menentang Manchester City di mana dia menunjukkan apa yang dia pelajari semasa dipinjamkan dengan kami.

"Kami akan membentuk dia dan berharap dia kembali dengan semangat yang lebih baik dengan bekerja lebih baik musim depan.”

Sebagai rekod, David Beckham bermain untuk Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan, Paris Saint-Germain (PSG) dan England sebelum bersara pada 2013.

Inter Miami baru-baru ini mengumumkan pembelian Lionel Messi selepas legenda Argentina itu meninggalkan PSG.