'Hormati keputusan Mohd Fasiah'

Iklan
Rizam

SABAK BERNAM - Tindakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh seharusnya dihormati sekiranya benar beliau bertindak keluar Umno.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Rizam Ismail berkata, beliau tidak boleh menghalang sekiranya perkara itu berlaku kerana tindakan itu hak peribadi Mohd Fasiah.

Iklan
Iklan

"Saya belum dapat sebarang kenyataan rasmi daripada beliau (Mohd Fasiah) dan buat masa ini tidak dimaklumkan oleh parti atau pihak berkaitan," katanya.

Mengulas lanjut Rizam berkata, Umno Selangor tidak terjejas dengan keputusan itu kerana Mohd Fasiah tidak memegang jawatan dalam parti.

Iklan

"Beliau hanya ahli Parlimen sahaja, jadi tidak mengapalah," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung surat peletakan jawatan enam Ahli Parlimen Umno yang sudah pun diserahkan kepada Setiausaha Agong Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkuatkuasa hari ini.

Iklan

Selain Mohd Fasiah, mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.