KDN serah polis, SPRM dedah identiti ahli politik dalang judi

Iklan
Saifuddin Nasution bergambar selepas menandatangani buku tetamu ketika melawat reruai pada Program KDN Madani di Sekolah Latihan Asas Kepolisan, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan identiti ahli politik yang dikatakan menaungi kegiatan judi dalam talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya percaya kedua-dua agensi itu akan membuat penilaian untuk melakukan perkara berkenaan sekiranya ada keperluan.

Iklan
Iklan

"Jadi biar badan penyiasat, polis dan SPRM yang membuat keputusan (sama ada untuk mendedahkan), itu mereka yang akan tentukan mengikut pertimbangan mereka... saya tidak mahu masuk campur bab itu.

"Kedua-dua agensi mempunyai data yang komprehensif berhubung siapa (individu) di sebalik pemain dan juga 'mastermind'...jadi mengenai apakah mereka akan mendedahkan perkara itu, saya tinggalkan kepada penilaian profesional mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program KDN Madani di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya percaya nilai aktiviti perjudian dalam talian boleh mencecah sehingga berbilion ringgit setiap bulan.

Iklan

"Satu minggu mencecah RM200 juta hingga ke RM250 juta... itu baru satu jenis belum yang lain. Dalam Parlimen baru-baru ini saya paparkan kira-kira 100 laman web berkaitan judi dalam talian.

"Bila kita tengok dari segi saiz, volumenya sangat besar dan keuntungan mereka adalah dalam mata wang kripto dan sebagainya... dari segi teknologi mereka sangat ke depan, sebab itu pasukan penguat kuasa perlu tangkas, dua atau tiga langkah ke depan, kerana aktiviti ini walau apa juga alasannya perkara ini adalah sesuatu yang memudaratkan," katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan kegiatan perjudian membiayai aktiviti politik, berikutan data dan maklumat pihak berkuasa yang menunjukkan kegiatan itu dinaungi ahli politik.

"Pemain dalam industri ini kalau dia dilindungi oleh naungan politik sudah tentu dia kena 'reciprocate' balik jadi tidak mustahil dia membiayai kegiatan politik... jadi dalam perkara ini, saya serahkan kepada polis dan SPRM," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'Naungan politik' judi: Segerakan pembaharuan institusi

SPRM terima laporan 'naungan politik' lindungi judi dalam talian

Wujud naungan politik lindungi judi dalam talian - Saifuddin

Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan

PDRM, SPRM kongsi maklumat siasatan ahli politik dalang judi

Dedah ahli politik dalang judi