Tuntutan geran tanah untuk pengusaha musang king tidak wajar

Iklan
Mohd Kamil

KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang menyifatkan tuntutan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui supaya pengusaha durian musang king di Raub dipertimbangkan mendapat geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam adalah tidak wajar.

Ketua Pemuda, Mohd Kamil Ibrahim berkata, tuntutan itu menyebabkan lebih ramai pihak tidak bertanggungjawab akan menggunakan taktik sama untuk menuntut tanah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, segala tuntutan perlu berlandaskan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Tubuh Negeri.

"Sebelum ini, kerajaan negeri telah mencadangkan penyelesaian yang terbaik tetapi ditolak.

Iklan

"Kalau taktik ini diteruskan, maka siapa-siapa sahaja boleh tuntut tanah di tengah-tengah KLCC dengan menanam sebatang pokok durian adalah tanah miliknya," kata beliau lagi.

Yu Hui berkata sedemikian pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub itu menegaskan, selama ini kerajaan negeri telah mengalami banyak kerugian dari segi cukai.

Iklan

"Ia sepatutnya boleh menjadi hasil yang boleh dipulangkan semula kepada rakyat dengan cara bantuan wang tunai, kebajikan atau pembangunan infrastruktur.

"Kita faham beliau (Yu Hui) mesti tunjuk yang dia buat kerja tetapi mestilah berasaskan undang-undang dan realiti," tambah Mohd Kamil.

Ujar beliau, jika ia ditanam di kawasan yang tidak dibenarkan maka ia tetap perbuatan yang salah dan haram.

"Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Yu Hui) mendidik penyokongnya dan menerangkan hal sebenar iaitu salah tetap salah. Paling penting ajak pekebun runding dan terima tawaran yang diberikan kerajaan negeri... situasi menang-menang," jelas beliau.

Dalam pada itu, Mohd Kamil meminta pihak terbabit tidak menggunakan dan bermain dengan sentimen iaitu sudah berpuluh tahun tanam durian terbabit.

"Tanam untuk pendapatan keluarga boleh diterima tetapi tanam sampai ke hutan simpan dan eksport ke luar negara serta jual buah pada harga yang mahal tanpa bayar cukai tidak sewajarnya.

"Tunjukkan perpaduan kita bukan ikut selera anda sahaja... itu adil kan," jelas Mohd Kamil.