Luncur air: Aaliyah raih gangsa di Mexico

Iklan
Aaliyah mencatatkan 45.2 meter (m) untuk menduduki tempat ketiga dalam disiplin jump pada Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Chapala, Mexico.

RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat gangsa dalam disiplin jump pada Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Chapala, Mexico hari ini.

Menurut laman sesawang http://www.iwwfed-ea.org/competition.php?cc=T 23IWWF14&page=23IWWF14, peluncur berusia 19 tahun yang buat julung kalinya menaiki podium pada pentas berprestij itu mencatatkan 45.2 meter (m) untuk menduduki tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Peluncur Chile, Agustina Varas yang mencatat 49.5m menduduki tempat pertama manakala Sade Ferguson dari Australia di kedudukan kedua dengan catatan 45.3m.

Aaliyah yang merupakan pelajar Florida Southern College dan penerima biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) berkata kemenangan itu merupakan detik manis buat dirinya kerana beliau terpaksa membahagikan masa antara belajar dan berlatih bagi persiapan menghadapi kejohanan itu.

Iklan

"Saya sangat teruja dengan keputusan ini kerana saya perlu berusaha keras untuk meraih podium peringkat dunia untuk kali pertama di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurulatih luncur air kebangsaan Hanifah Yoong Yin Fah berkata pencapaian Aaliyah amat bermakna kerana beliau bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama tetapi juga peluncur Asia pertama menaiki podium kejohanan dunia ski air IWWF.

Iklan

Bagaimanapun, Aaliyah terlepas pingat gangsa dalam disiplin keseluruhan pada kejohanan sama apabila menamatkan saingan di tempat keempat. - Bernama