Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda - Fahmi

Iklan
Fahmi bercakap pada sidang media Kempen Peningkatan Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Perhubungan 2023 di Perumahan Pantai Permai hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu dipinda bagi mencegah data peribadi dicuri serta digunakan dalam aktiviti penipuan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.

Iklan
Iklan

"Ini penting kerana maklumat yang telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab (adalah) akibat daripada kecuaian ataupun kelemahan keselamatan siber oleh pihak yang mengendali, menyimpan atau memproses data peribadi.

"Pindaan kepada akta ini saya jangka seawal Disember ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.

Iklan

Fahmi juga berkata selepas draf Rang Undang-Undang Keselamatan Siber disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.

Fahmi berkata, selepas draf rang undang-undang itu disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.

Iklan

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rang undang-undang itu akan segera digubal bagi memastikan segenap aspek perundangan berkaitan keselamatan siber dapat dituntaskan.

Fahmi juga berkata, Malaysia perlu mewujudkan kerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya Singapura dan Thailand untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.

Beliau berkata, kerjasama itu akan membolehkan Malaysia, sebagai hab pemprosesan data di rantau ini, memproses set data yang dijana di luar negara secara besar-besaran. - Bernama