Tersalah jalan bukan alasan nak lawan arus!

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KEMATIAN penunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati di bawah jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang pada minggu lalu, mengundang amarah rakyat Malaysia khasnya para netizen.

Merak Jalanan difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi nahas menayangkan punca kejadian itu berlaku akibat tindakan seorang penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Iklan
Iklan

Demi untuk mengelak bertembung dengan suspek 'lawan arus' itu, motosikal si mangsa telah terbabas menyebabkan dia tercampak ke bawah jejambat kira-kira 30 meter tingginya. Ngeri untuk Merak Jalanan bayangkan dan mangsa maut di tempat kejadian.

Dalam dua ke tiga hari jugalah pihak berkuasa mencari-cari suspek lawan arus itu dan pada Sabtu lepas, muncul seorang lelaki di balai polis mengaku terlibat dalam nahas tersebut.

Iklan

Lelaki ini yang juga seorang peniaga mengaku telah melawan arus oleh kerana dia tersalah jalan untuk pulang ke rumahnya di Kajang, Selangor.

Merak Jalanan terbaca juga di akhbar yang suspek ini pun patah bahu, jari dan luka akibat pergeseran serta terjatuh dari motosikalnya dalam kejadian berkenaan.

Iklan

Berita mengenai kematian mangsa itu pun diketahuinya hanya melalui media sosial dan berita di TV. Sesudah itulah, baru dia tampil membuat laporan polis pada Sabtu.

Tapi bagi Merak Jalanan, melawan arus sebab tersesat bukanlah alasan terbaik jika diri kita menjadi punca kepada kemalangan di jalan raya.

Ini kerana ia melibatkan nyawa orang lain. Jalan raya di Kuala Lumpur itu bukannya membuatkan kita sesat selama-lamanya. Mesti ada laluan susur keluar atau U-turn. Cumanya, pemandu itu sabar dengan tidak sahaja.

Sebelum ini, Merak Jalanan hanya tahu insiden melawan arus di jalan raya disebabkan oleh pemandu kereta yang mabuk sahaja.

Inilah kali pertama cerita lawan arus sebab tersesat jadi berita!

ARTIKEL BERKAITAN:

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus

Penunggang Ducati maut: Suspek lawan arus dakwa tersesat jalan

Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM

'Kami reda, harap keadilan sewajarnya buat arwah ayah'