Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berkaitan kes seorang lelaki bergelar Datuk Seri disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini akan diserahkan Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, sumber berkata, difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.

Iklan

"Suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat," katanya.

Menurutnya, suspek yang digelar 'mafia korporat' itu didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.

Iklan

"Dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan oleh seorang rakan mereka," katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.