Onn Hafiz bantu mangsa kemalangan

Iklan
Onn Hafiz memberi bantuan kepada penunggang kemalangan selepas motosikalnya melanggar sebuah kereta Jalan Danga Bay, Johor Bahru pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor yang dalam perjalanan meninjau keadaan Jalan Senai, Skudai di sini sempat memberi bantuan kepada mangsa kemalangan Jalan Danga Bay pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 8.30 pagi, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilihat turut membantu petugas kesihatan dan pasukan keselamatan dalam insiden berhampiran Country Garden itu.

Iklan
Iklan

Onn Hafiz kemudian meneruskan perjalanan untuk meninjau keadaan di Jalan Senai sebelum pegawai perubatan dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin memberikan rawatan awal.

Menurut Komander Operasi dari BBP Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.49 pagi.

Iklan

"Seramai 11 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki yang cedera selepas motosikal jenis Honda 150R ditunggangnya terbabas dan melanggar sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kereta sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan menggunakan ambulans untuk rawatan susulan.

Tambahnya, operasi tersebut tamat pada jam 9.16 pagi.