Anwar lancar InvestED, tingkat kebolehpasaran graduan

Iklan
Anwar menyempurnakan majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif terbaharu pasaran modal, 'investED' yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta membangunkan saluran bakat mampan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program berkenaan dijangka dapat mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan, inisiatif yang mendapat kerjasama pertama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bursa Malaysia serta peserta industri pasaran modal terkemuka dengan pembiayaan sebanyak RM30 juta daripada Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).

"Program ini tentunya dapat membuka lebih baik peluang pekerjaan kepada graduan.

Iklan

Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan yakin jumlah pemanfaat program berkenaan boleh ditingkatkan melalui penyertaan lebih banyak pemain industri yang bekerjasama dengan universiti.

Justeru beliau berharap program seumpama itu dapat membantu pelajar daripada keluarga susah agar tidak tertinggal meraih manfaat peluang pekerjaan lebih baik.

Iklan

"Ini cukup penting dan selaras dengan hasrat Malaysia Madani," katanya.

Sementara itu Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, pelaburan dalam pendidikan serta pembangunan bakat merupakan agenda utama agensi itu.

"Dengan kadar peralihan bakat yang tinggi terutamanya dalam industri seperti pasaran modal, tumpuan terhadap pembangunan bakat-bakat menjadi sangat penting.

"Program ini diperkenalkan bagi membantu mengatasi ketidaksepadanan bakat antara graduan dan keperluan industri sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan," jelasnya.