PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung inisiatif penanaman padi waktu malam sebagai kata-kata yang mempunyai maksud tersirat.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat agar rakyat dapat memikirkan cara-cara terbaik dalam memastikan kehidupan yang lebih baik.