Warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping

Iklan
Perhilitan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa. - Gambar/ Ihsan pembaca

TAIPING - Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pada pagi Isnin.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.

Iklan
Iklan

Jurucakap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pula berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian serangan beruk itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan daripada Perhilitan Selama ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.

Iklan
Iklan

"Kita akan pasang perangkap dan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa,” katanya. - Awani