Tangisan dua beradik di kubur tidak bertanda

Iklan

BERITA SEMASA 19 JUN 2023

Kehadiran dua beradik, Nurul Syazwani Sajari dan adiknya Nurul Farhanah Sajari ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada tahun ini amat bermakna kerana dapat menziarahi kubur ayah mereka yang meninggal dunia tujuh tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Badruldin Zakaria.

Iklan
Iklan

Walaupun tidak mengetahui kedudukan sebenar kubur berkenaan kerana di Makkah semua persemadian tidak ditanda siapa penghuninya, sekurang-kurangnya ziarah itu dapat mengubat kerinduan yang menebal sejak sekian lama.

Sebaik tiba di Perkuburan Syaraek yang jaraknya kira-kira 15 kilometer dari Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah, Nurul Syazwani dan adiknya tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263928/berita/nasional/tangisan-dua-beradik-di-kubur-tidak-bertanda

Muzik: BenSound.com

Iklan