'Selamat tinggal Abby Choi'

Iklan
Upacara itu diadakan selama dua hari bermula Ahad. - Foto Agensi

HONG KONG - Ahli keluarga dan teman rapat sosialit Hong Kong, Abby Choi Tin-fung yang menjadi mangsa pembunuhan kejam memberikan penghormatan terakhir kepadanya pada Isnin.

Upacara itu diadakan di Dewan Memorial Po Fook di Tai Wai sebelum keranda Abby dibawa ke Biara Po Lin untuk adat kremasi.

Iklan
Iklan

Acara selama dua hari dilakukan secara tertutup dan turut bertemakan merah jambu yang merupakan warna kegemaran model berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun menyediakan ruang khas kepada petugas media yang mahu membuat liputan tentang upacara pengebumian tersebut.

Iklan

Pada Ahad, beberapa selebriti seperti Calvin Choy Yat-chi dan Aaron Kwok Fu-sing bersama isterinya, Moka Fang Yuan turut hadir menyertai acara itu bersama ratusan yang lain.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan keluarga Abby merancang untuk menghasilkan semula wajahnya menggunakan teknologi percetakan bio untuk upacara pengebumiannya.

Iklan

Kisah pembunuhan kejam Abby, 28, mendapat perhatian komuniti antarabangsa selepas bahagian tubuhnya dikerat-kerat dan sebahagiannya ditemui di sebuah rumah sewa di Lung Mei Tsuen di Tai Po pada akhir Februari lalu.

Susulan itu, bekas suaminya, Alex Kwong Kong-chi, bapa mertuanya, Kwong Kau, abang ipar, Anthony Kwong Kong-kit telah didakwa atas tuduhan membunuh manakala dan ibu mertuanya, Jenny Li Sui-heung berdepan tuduhan menghalang keadilan. - Agensi